Usaha Memang Tangga Kejayaan

2 comments

usahamemangtanggakejayaan

Mungkin korang sudah berjuta kali dalsm hidup ini mendengar frasa ‘usaha tangga kejayaan’. Jadi dalam entri kali ini aku mahu tegaskan yang ‘Usaha MEMANG Tangga Kejayaan’.

Aku mahu fokuskan kata-kata ini kepada industri blogging. Ya, memang benar blogging membawa keuntungan kepada kita bukan sahaja dari segi ilmu pengetahuan tetapi juga pendapatan yang lumayan. Namun perkara yang paling penting ialah USAHA.

Ada yang bertanya aku – bagaimana nak berjaya dalam blogging tapi tak perlu usaha? Pergh. Memang cepumas la soalan tu. Aku yang berusaha bermati-matian pun belum berjaya lagi. Huhu. Memang betul ada teknik blogging yang membolehkan blog berjalan secara automatik (auto blogging) tetapi harus diingat yang auto blogging juga memerlukan komitmen yang tinggi dari webmaster tersebut.

Berjaya dalam blogging memang impian kita bersama. Tak kiralah sama ada korang berblogging untuk mencari populariti atau pendapatan. Mari kita lihat beberapa langkah yang boleh kita lakukan.

Dapatkan E-Book Panduan
Cara ni paling mudah. Selalunya E-Book ni disediakan oleh mereka yang ada pengetahuan tentang sesuatu perkara seperti affiliate. Ada e-book yang perlu kita beli dan ada yang percuma contohnya Pakej E-Book Ikan Kecil Ikan Besar yang ditulis oleh Raja Kamil. Dapatkan dan telaah habis-habisan sehingga korang faham dan kemudian aplikasikan.

Sembang-sembang dengan Otai & Kawan2
Langkah ni boleh dilakukan dengan santai dan beretika. Apa gunanya Yhoo! Messenger atau Google Talk jika bukan untuk sembang2 dengan mereka yang pakar dan berpengalaman. Tidak dinafikan yang rakan2 online memang sentiasa membantu. Kadang2 aku dapat berbual2 dengan mereka yang hebat seperti Aman Firdaus dan Rohaizad. Aku akan ambil peluang untuk tanya itu dan ini. Nasib baiklah diorang pun tak bosan dengan soalan2 aku. Hehe. Setiap kali sembang2, pasti ada perkara baru yang aku pelajari. Best kan?

Aiseh. Rasa macam panjang pulak aku tulis kali ni. Apa2 pun konklusinya ialah nak berjaya memang kena usaha. Jikalau gagal, cuba lagi dan lagi. Dan korang pasti akan berasa puas hati dengan kejayaan yang datang dari titik peluh dan penat lelah sendiri.

Fikir-fikirkan. Chow!

{ 1 comment… read it below or add one }

Ali ridha June 16, 2011 at 3:01 pm

ilmu SEO masih belum mantap.kena tingkatkan
usaha ni.supaya boleh dapat trafik percuma.
paling penting tak kena penalti index oleh
Google, Bing dan Yahoo.rugi tu.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: