Tingkatkan Prestasi Blog Anda Dengan Thesis

August 29, 2010 · 42 comments

Alhamdulillah.. selesai juga saya modify blog PakarBisnes ni. Walaupun tidaklah gempak rekabentuknya, namun saya berpuas hati kerana blog dapat direkabentuk seperti yang saya mahukan.

Bagaimana?

Ya, dengan menggunakan Thesis!

Thesis ini saya klasifikasikan sebagai sejenis framework untuk blog WordPress anda. Namun cara ia berfungsi serupa saja dengan themes. Saya telah membeli akaun Developer untuk Thesis beberapa bulan yang lalu dengan harga lebih kurang RM500. Masuk sahaja gaji sebagai guru ganti, terus saya buat pembelian. Ini adalah kerana mendapatkan Thesis menjadi matlmat saya sejak sekian lama dan saya mendapatkan akaun Developer kerana saya ingin menggunakan Thesis untuk kesemua blog saya.

Dan Thesis adalah pelaburan yang sangat-sangat berbaloi!

Kini hampir kesemua blog saya dibina dan dimodifikasi menggunakan Thesis dan saya berpuas hati dengan hasilnya. Alhamdulillah ia dapat meningkatkan prestasi blog saya.

Mengapa saya begitu menggemari Thesis ini?

Mudah & Pantas


Ini merupakan kelebihan Thesis yang benar-benar menarik minat saya untuk menggunakannya. Dengan antaramuka yang fleksibel dan mudah pengguna, anda boleh menentukan bilangan, lokasi dan saiz kolum dan pelbagai elemen lagi untuk merekabentuk blog anda. Anda yang akan mencorakkan bagaimana rekabentuk blog anda. Walaupun anda juga memerlukan asas pengetahuan HTML dan PHP untuk tujuan ini, namun bagi saya ia lebih mudah dari tweak tema-tema WordPress yang biasa. Mungkin ada satu dua antaramuka yang boleh anda setting, tetapi dengan Thesis, anda boleh setting setiap inci rekabentuk blog anda!

Membantu Dalam SEO


Tentang SEO saya tidak dapat terangkan dengan terperinci kerana saya sendiri tidak mahir tentang SEO ini (saya lebih gemar menitikberatkan rekabentuk, penulisan dan networking) namun apa yang dapat saya lihat ialah peningkatan carian dan lawatan ke blog saya sejak beralih menggunakan Thesis. Dan antaramuka Thesis juga menyediakan ruangan untuk optimize SEO di mana anda tak perlu tweak lagi untuk memantapkan SEO blog anda.

Memang mudah dan berbaloi. Jika anda inginkan pembaharuan dan inginkan fleksibiliti dalam merekabentuk blog anda, Thesis adalah jawapannya. Namun lain orang lain pendapat. Kadangkala tweak tema yang sedia ada juga memberikan kepuasan tersendiri.

InsyaAllah selepas ini saya akan berkongsi juga bagaimana untuk merekabentuk elemen tertentu menggunakan Thesis. Harapnya dapat membantu pengguna Thesis dan menarik minat anda yang belum menjadi pengguna untuk mendapatkannya.

Selamat berblogging!

{ 42 comments… read them below or add one }

Hadi Rofiee August 29, 2010 at 6:06 pm

Salam perkenalan.

Aduh..dah lama dah menjeling2 thesis ni, memang terliur jgk.. i’Allah, mesti dapatkannya.

Hmm..tanya sikit boleh.. :mrgreen: Bayaran lebih kurang RM500 tu utk sekali & seumur hidup ka?? :neutral:

p.s: maaf b’tanya.

Reply

Nasrul Hanis August 29, 2010 at 6:14 pm

Ya.. memang puas hati guna Thesis sebab boleh rekabentuk setiap elemen macam yang kita nak. Dan tak perlu download/beli theme yang lain lagi lepas guna Thesis!

Yup. Pembelian sekali je seumur hidup dan kita akan dimaklumkan bila ada versi baru. Tiada recurring payment.

Harga untuk Personal Option $87 dan Developer Option $164 (harga dalam USD). Mahal sikit tapi bagi saya memang berbaloi!

Reply

Hadi Rofiee August 29, 2010 at 6:33 pm

Menarik tu. B’baloi2.. Hmm apa ea beza Personal Option & Developer Option?? :neutral:

maaf kerana saya b’tanya lg. :-)

Reply

Nasrul Hanis August 30, 2010 at 4:19 am

Basically Personal Option boleh guna untuk satu blog sahaja manakala Developer Option untuk banyak blog. Itu dia punya syarat penggunaan oleh developer Thesis. Yang lain macam support forum dan peluang untuk mencuba versi BETA mana-mana versi Thesis baru, itu lebih kurang macam fungsi tambahan.

Malu bertanya sesat jalan. Lebih baik bertanya ;)

Reply

Hadi Rofiee August 30, 2010 at 1:27 pm

T/kasih. :-)

Reply

Nasrul Hanis August 31, 2010 at 11:51 pm

Sama-sama ;)

Azizwan August 29, 2010 at 9:21 pm

teringin plak aku nak guna thesis :)

Reply

Nasrul Hanis August 30, 2010 at 4:20 am

Niat tu dah ada. Jangan tunggu lama-lama ;)

Reply

mohdisa August 30, 2010 at 5:27 am

sejak aku menggunakan thesis, memang agak sukar memandang theme lain. memang berbaloi-baloi :)

Reply

Nasrul Hanis September 1, 2010 at 12:00 am

Yup. Sebab thesis ni leibh kurang macam framework, so dengan thesis ni kita boleh buat banyak theme lagi.. memang berbaloi2 :)

Reply

mohdisa September 1, 2010 at 6:25 am

tahu takpa, macam2 boleh buat dengan thesis ni. bro pakai font apa yerk?

Reply

Nasrul Hanis September 2, 2010 at 12:04 pm

yup. untuk Headline guna Tahoma. untuk content Verdana.

HIDUP SEORANG BLOGGER September 2, 2010 at 8:31 pm

oic, aku minat guna calibri. tapi dalam thesis punya, macam lain jerk. dia jadi fix plak. tu yang pakai corbel tu. rasa nak tukar pakai macam bro la. hehe

Reply

boss August 30, 2010 at 7:56 am

tahniah sudah selangkah maju.. :)

Reply

Nasrul Hanis September 1, 2010 at 12:52 am

terima kasih boss. kena improve dari hari ke hari, betul tak? ;)

Reply

Sujaihah June 15, 2012 at 9:57 am

Oho, saya punya niche blog kebanyakannya juga gunakan thesis theme, MEMANG sangat memudahkan! Terutama bahagian site option dan design options! :D

Reply

GM August 30, 2010 at 8:47 pm

Nak tanya skit, thesis dgn artisteer lebih kurang sama ke. :D

Reply

Nasrul Hanis September 1, 2010 at 12:59 am

Baru je tengok artisteer tu.. menarik juga sebab saya memang suka tweak2 dan main code ni.. cuma sekarang nak fokus kat thesis dulu.. sebab dah melabur dan banyak lagi yang belum dipelajari..

Terima kasih untuk perkenalkan artisteer tersebut :D

Reply

zoul August 31, 2010 at 1:48 am

Salam..

Tak dinafikan Thesis theme memang bagus terutamanya dari segi SEO set yang tertanam pada coding. Tetapi kini semua saingannya (Framework) seperti headway, Genesis, Frugal, Vigilance Pro juga telah meng upgrade theme mereka. Bahkan semua WooTheme juga sekarang telah tertanam dengan kod yg sama.

Diantara theme yg sgt baik dr segi SEO dan percuma seperti Hybrid, Thematic, Atahualpa dan yg sedang meningkat.. Swift theme juga tidak ketinggalan.

Aku ada menggunakan kesemua theme tersebut dan Headway merupakan theme yang paling mudah (tweak) tanpa menyentuh kod berbanding Thesis.

Namun untuk blog aku yg satu ni.. aku masih menggunakan Thesis dan baru upgrade ke 1.8.

Bro.. bila nak upgrade ke 1.8?

Reply

HIDUP SEORANG BLOGGER August 31, 2010 at 9:30 pm

menarik ni, bro boleh tak senaraikan balik theme2 yg disenaraikan dan kongsikan di blog bro. sertakan link2 yg berkaitan. :)

Reply

Nasrul Hanis September 1, 2010 at 3:33 am

menarik idea tu. perkongsian untuk dimanfaatkan bersama :D

Reply

mohdisa September 1, 2010 at 6:21 am

tahu takpa, menarik juga kalau dikongsikan bersam2. :)

zoul September 3, 2010 at 3:37 am

Hi hi.. ok bro..
aku dah list kan kat blog..

Reply

HIDUP SEORANG BLOGGER September 3, 2010 at 10:46 am

dah listkan yerk, ok2. nnt aku tgk yerk. thanks bro.

Nasrul Hanis September 1, 2010 at 3:25 am

Salam zoul..

Yup. Memang tak dinafikan yang ada banyak theme yang bagus dan user-friendly. Dan sudah tentu para designer theme tersebut berlumba-lumba untuk memantapkan lagi theme mereka sebab kini memang terdapat persaingan dalam theme untuk CMS seperti wordpress, joomla dan sebagainya.

Namun lain orang lain minatnya. Mungkin mereka yang memilih Headway atau Frugal ada minat mereka yang tersendiri tentang theme tu. Bagi saya, Thesis menarik minat saya bukan sahaja kerana ia fleksibel, malah ia menjadi pendorong kepada saya untuk mendalami lagi PHP, HTML dan juga CSS.

Niat memang nak upgrade ke Thesis 1.8 tapi saya memilih untuk upgrade blog2 yang lain dulu. Bila da selesai, cari masa yang sesuai dan saya akan upgrade blog PakarBisnes ini pula.

Terima kasih zoul atas perkongsian! :D

Reply

zoul September 3, 2010 at 3:43 am

Salam..

Hrmmm… sebenarnya kalau gunakan thesis tak banyak yg boleh dipelajari kerana dia menggunakan hook (dan ada open hook widget utk thesis).
Tetapi kalau gunakan Hybrid atau Thematic.. rasanya lebih banyak yg boleh dipelajari melalui child theme nya.

Anyway.. betullah lain org lain minatnya. Mungkin saya dah lama sgt guna thesis jd dh kurang thrill kot.. Tetapi seronok juga kalau berkongsi ilmu begini.

Thanks..

Reply

Nasrul Hanis September 6, 2010 at 4:02 am

yup, memang betul dan saya juga gunakan Thesis OpenHook.. mudah.

mungkin bagi sesetengah orang dapat kepuasan dari tweak habis-habisan tetapi bagi saya modify blog menggunakan Thesis sudah cukup untuk memberi keseronokan kerana saya sukakan design yang ringkas dan kemas..

ya.. perkongsian yang bermanfaat tidak harus disia-siakan.. welcome bro! :D

zik August 31, 2010 at 4:46 am

aku ingatkan buat thesis phd tuh…hehe.. rupanya pasal theme… :-)

Reply

Nasrul Hanis September 1, 2010 at 3:26 am

hehe.. lain tu..

sebenarnya mula-mula dulu konfius juga apakah sebenarnya “Thesis” ini.. hehe.

Reply

HIDUP SEORANG BLOGGER August 31, 2010 at 9:27 pm

salam bro, sekadar ingin bertanya. taknak ke kongsi thesis ni bersama rakan-rakan blogger yang lain. tapi kenakanlah bayaran. :) kalau boleh nak gak merasa cam bro. hehe

Reply

Nasrul Hanis September 1, 2010 at 3:31 am

kalau ikut keuntungan memang boleh nak berkongsi dan kenakan bayaran.. dan saya juga banyak ditawarkan untuk download Thesis dengan bayaran yang rendah ketika survey2 dulu..

tapi saya yakin developer theme ni sudah tentu nak menjaga produknya dan ada certain script yang tertanam di dalam struktur theme.. dan kemungkinan dia boleh claim legally atau downkan site.. itu yang saya cadangkan dapatkan Thesis ikut prosedur yang betul.. jangan risau sebab harga memang berbaloi dengan produknya ;)

Reply

mohdisa September 1, 2010 at 6:23 am

memang ada bincang dengan rakan2 lain untuk dapatkan developer punya. tgh kumpul org, agar dapat beli dengan harga yg lebih murah dengan sharing. :)

Reply

Nasrul Hanis September 2, 2010 at 12:09 pm

idea yang bagus.. cuma kalau guna developer license.. domain blog yang guna Thesis tu mesti didaftar atas nama pemilik license tu..

HIDUP SEORANG BLOGGER September 2, 2010 at 8:35 pm

itu tak jadi masalah, rasanya untuk pemilik lesen akan dikongsikan akaunnya. agar dapat akses sama-sama. yelah, banyak masalah thesis kena rujuk di dalam forum.

Reply

zoul September 3, 2010 at 3:50 am

Yup… memang itu yang sepatutnya tapi mungkin harganya agak mahal.. tetapi memang bebaloi. Cuma baru2 ni ada persengketaan antara Thesis dan WordPress tentang GPL dan nampaknya belum berkesudahan lagi.

Tentang kod yg tertanam tu hanya di footer (linkback) sahaja dan boleh di nulled (bukan mengajar yek) hi hi.

Reply

Nasrul Hanis September 6, 2010 at 4:03 am

Oh.. begitu.. huhu..

yang penting.. bila membeli mengikut prosedur.. rasa selesa dan selamat sikit bila menggunakannya :D

hasbulaqil September 6, 2010 at 12:34 am

terbaik thesis, ada niche blog saya belum letak backlink secara guerilla. just buat rss, blog directory, dan ada kt first page google :D

recommend beli unlimited license terus ;)

Reply

Nasrul Hanis September 6, 2010 at 3:58 am

sebab itulah saya selalu katakan yang Thesis memang terbaik dan pelaburannya berbaloi-baloi ;)

uik? ada unlimited license ea? tak pernah tau pula. huhu.

Reply

hasbulaqil September 6, 2010 at 4:00 am

refer this :

http://diythemes.com/plans/

developer license. untuk kegunaan unlimited domain, recommend beli ini terus :D

Reply

Nasrul Hanis September 6, 2010 at 4:06 am

oh.. ya.. developer license for unlimited domains.. memang saya gunakan developer license ini sekarang.. dan saya gunakan thesis untuk semua blog niche saya.. setakat ni hasilnya memang memuaskan.. terbaik ;)

recommended! :D

Reply

Azza October 18, 2012 at 3:08 pm

hello… ni nasrul URP ka?

Reply

Nasrul Hanis February 6, 2013 at 4:13 pm

hello.. yup.. benar sekali :D

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: