Setelah beberapa lama tidak berkesempatan update blog PakarBisnes ini – Alhamdulillah.. pada malam raya ini akhirnya saya berjaya mengambil sedikit masa untuk update sepatah dua kata. Hehe. Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H kepada pembaca-pembaca Muslim. Semoga amalan kita diterima hendaknya.
Seperti biasa, ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan dengan pembaca sekalian.
Teruskan Membaca
Ya – ada pelbagai metod dan bidang dalam bisnes. Namun mahu atau tidak, ketekunan dan kesabaran itu mestilah ada di dalam jiwa anda untuk berjaya di dalam bisnes.
Teruskan Membaca
Kandangkala ada beberapa teman blogger yang meluahkan perasaan untuk ‘bersara’ dari blogging dan bisnes online. Mengapa? Ramai orang dah buat.. banyak persaingan.. tak dapat2 hasil.. hasil sikit sangat dan itu ini. Aduh.. sukar untuk komen apabila dikatakan seperti itu. Saya sendiri mengambil masa yang agak lama untuk mendapat income yang pertama dan saya tidak hairan jika sifu2 blogger mengatakan hal yang sama kerana untuk berjaya bukanlah semudah yang disangka. Kejayaan itu perlukan usaha.
Tiada apa yang dapat saya katakan melainka jangan mudah menyerah kalah! Kerana mudah menyerah kalah itu sangat-sangatlah merugikan terutamanya jika sesuatu yang bermanfaat macam blogging disia-siakan begitu saja.
Nasihat saya, rajin2 lah baca kisah dan nukilan mereka yang telah berjaya contohnya saudara Rohaizad atau Wanmus. Anda akan lihat bagaimana usaha mereka menghadapi pelbagai cubaan demi cubaan dan akhirnya akan menghasilkan kejayaan.
Usaha anda tidak akan ke mana jika anda mudah menyerah kalah. Bersemangatlah!