Posts tagged as:

plugin

Dalam bisnes, berjaya & gagal itu adalah perkara yang biasa namun sesetengah dari kita tidak mahu menerima hakikat ini. Kadangkala kita berjaya dan kadangkala kita gagal.

Hari ini banyak program yang membolehkan kita menjana pendapatan secara online. Begitu juga dengan E-Book2 panduan dan plugin berbayar yang membolehkan kita menjana pendapatan dengan lebih pantas dan efektif. Tetapi harus diingat yang kejayaan tidak dapat dicapai hanya dengan membeli produk tersebut, memasangnya (jika ada pemasangan) dan kemudian goyang kaki. Tidak. Tidak. Tidak. Kita tidak boleh berjaya hanya dengan goyang kaki. Ya, kita boleh goyang kaki tetapi hanya selepas kita melakukan apa yang perlu.

Ya. Tidak dapat dinafikan banyak produk dan program yang hebat seperti LinkWorth dan plugin WPAffiliate (tingkatkan pendapatan Clickbank anda) tetapi anda sendiri mestilah bertindak. Jikalau hanya dengan memasangnya boleh terus berjaya, sudah tentu ada berjuta2 jutawan yang wujud di dunia ketika ini.

Pendek kata, berjaya & gagal adalah perkara biasa. Sekiranya anda berjaya, tingkatkan usaha anda untuk jadi lebih berjaya dan sekiranya anda mengalami kegagalan, usaha lagi dengan cara dan strategi yang betul kerana gagal bukan untuk selamanya. Dan kegagalan adalah guru yang terbaik untuk kita.

Semoga berjaya saa ucapkan buat teman2! :razz:

pb_wpaffiliateTidak dapat disangkal lagi yang program Affiliate Clickbank merupakan salah satu program yang memang masyuk sehinggakan ramai di antara marketeer Malaysia sendiri yang telah berjaya memperolehi ribuan ringgit melalui Clickbank ini.

Namun begitu bukan senang untuk berjaya. Untuk menjana pendapatan yang lumayan perlulah juga bersusah payah untuk mendapat hasilnya. Terdapat ribuan produk yang boleh dipromosikan di Clickbank namun bukan mudah untuk memilih dan meneliti setiap produk untuk dipromosikan.

Selain itu, proses untuk mendapatkan link affiliate (Hoplink) dan membuat squeeze page juga kadangkala memakan masa terutamanya jika kita ingin mempromosikan banyak produk dalam satu masa.

KINI.. kita tidak perlu risau lagi kerana teknik Affiliate Clickbank kini menjadi lebih mudah dengan WpAffiliate! Bagaimana tu?
Teruskan Membaca