Posts tagged as:

baca

Kadang2 kita tak tahu apa nak tulis dalam blog lalu kita update dengan artikel2 yang kita rasakan sedap untuk dibaca. Tetapi kadangkala yang sedap membaca itu adalah kita sendiri, bukannya para pengunjung yang kita sasarkan untuk melawat blog kita. Lalu termenunglah kita memikirkan – mengapa tak ada orang nak baca blog aku ini?

Salah satu sebabnya ialah – kita tak tulis apa yang orang nak baca!

Dalam zaman sekarang ini, rata2 dari kita gemar membaca di Internet. Mengapa? Mudah dan cepat! Cari apa yang hendak kita tahu dan kita boleh membaca apa yang kita cari itu dengan hanya beberapa klik sahaja. Sebab itulah jika anda mahukan trafik, anda mestilah menulis apa yang mereka di Internet mahu baca.

Beginilah. Dipendekkan cerita, saya bagi satu tips untuk anda tahu apa yang orang mahu tahu dan baca.
Teruskan Membaca