Rezeki Boleh Datang Tanpa Disangka

July 2, 2009 · 8 comments

rezekitanpadisangka

Rezeki boleh datang tanpa disangka. Ya, itulah apa yang aku mahu katakan pada kali ini. Ianya bukan kali pertama rezeki datang tanpa disangka namun kali ini ianya betul2 memberi pengajaran kepada aku.

Ceritanya begini.

Sedang aku merepair laptop kawan aku petang tadi.. (oh ya, aku sebelum ni tak pandai bab2 repair laptop ni tapi sejak aku belajar guna Masterkit dari PakarPC terus boleh buat bisnes repair PC. Masyuk beb!)

Aiseh.. kat mana tadi? Ha.. sedang aku repair laptop kawan aku petang tadi, aku check2 email kejap sementara menunggu Windows Vista tu siap diinstall. Dah kronik sangat, so terpaksa la format.

Buka je email, aku tertarik dengan email dari Maybank2U – ‘Maybank2U.com 3rd Party Transfer’ ..eh? siapa pulak yang buat payment kat aku nih? Nak kata dari paid post mana ada diorang bayar guna Maybank2U!

emailm2u

Dengan rasa curious aku buka email dan..

This is to inform you that ABD.HAFIZ BIN AB.WASA has transferred RM15
to your Maybank account for pembayaran affiliate senang hamil on 07/01/09 08:15:10 via Maybank2u.com.

Please check your account balance.

This is a system generated email. Please do not reply to it.

..pembayaran affiliate Senang Hamil? *kehairanan*

Dengan serta merta aku teringat pada banner Senang Hamil yang aku letakkan secara suka-suka di header AloneinHome! Kemudian aku check di laman affiliate di Senang Hamil untuk kepastian.

affiliate

Ya.. memang benar. Admin produk Senang Hamil dah mula buat pembayaran komisen pada affiliate yang berjaya menjual Senang Hamil. Kalau korang perhatikan username2 affiliate di situ, memang jelaslah username yang aku gunakan nampak macam sekadar main-main.

Itulah ceritanya. Pengajaran yang aku dapat ialah rezeki ni ada di mana2. Kita yang kena rajin mencarinya dan bertawakal. Memang benar adanya takdir tetapi jangan jadikan itu alasan untuk tidak mencuba.

Kalau setakat cuba2 saja dah boleh dapat pulangan, bagaimana pula kalau aku bersungguh2 melakukannya? Itu penting utnuk difikirkan.

p.s: Terima kasih kepada pembeli tersebut. Aku sayang kamu!

{ 7 comments }

peminatjutawan July 2, 2009 at 8:25 am

emm memang sesuatu yang hebat utk dpt komisen affiliate tahniah….nice blog….harap dapat tukar-tukar link :grin:

REBET-ASB-VS-OD July 3, 2009 at 1:56 am

tahniah bro…memang syokkan affiliate ni…sedar2 je..duit komisyen masyukk..tahniah ;-)

AnisBlog July 4, 2009 at 7:41 pm

Senang kale dapet duit tak disangka

Tennis oops July 5, 2009 at 3:37 am

Kalau sudah rejeki tak akan kemana itu money

samanosuke_04 July 10, 2009 at 2:08 am

huhu, memang camtu, Alhamdulillah, kekadang ader affliate program yang aku promo cam nak mati, tapi x dapat sesen pun. hiihi

mancing gembira July 29, 2009 at 3:04 pm

terima kasih infonya

abrablog July 29, 2009 at 7:56 pm

hoho. kalau dah namanya rezeki. Kat mana-mana pun boleh..

Comments on this entry are closed.

{ 1 trackback }