Panduan Mengaktifkan Paypal Menggunakan Maybankard Debit Card

8 comments

Post image for Panduan Mengaktifkan Paypal Menggunakan Maybankard Debit Card

Baiklah dalam artikel kali ini saya akan berkongsi langkah-langkah bagaimana untuk mengaktifkan Paypal menggunakan Maybankard Debit Card.

Sebelum ini saya menggunakan Virtual Credit Card (VCC) untuk aktifkan akaun dan sebagai Credit Card saya di Paypal namun setelah sekian lama dan selalu ada masalah jadi saya mengambil keputusan untuk gunakan Maybankard Debit Card. Mudah pun mudah sebab kad kita sendiri dan jika ada masalah semua data ada pada kita. Dan begitu juga saya sarankan kepada anda kalau tak ada lagi Credit Card sendiri untuk Paypal, gunalah Maybankard Debit Card.

Jom tengok bagaimana caranya. Saya akan tunjuk langkah demi langkah beserta gambarajah.

  1. Mula-mula sekali yang paling penting anda mestilah ada Maybankard Debit Card. Cara nak mohon pun mudah saja. Pergi ke mana-mana cawangan Maybank dan buat permohonan untuk tukar kad ATM anda kepada Maybankard Debit Card. Anda akan dikenakan caj RM12 untuk penukaran kad. Kalau anda belum ada akaun Maybank, buka akaun dan untuk kad pilih ‘Maybankard Debit Card’. Selalunya akan dapat kad pada masa itu juga.
  2. Login ke Maybank2u anda. Perhatikan pada ruangan Utilities ada pilihan untuk Maybankard Secure Online Shopping Registration (MSOS). Klik untuk aktifkan MSOS anda. Paypal tidak akan menerima kad debit anda selagi anda belum aktikan MSOS ini.
  3. Isi borang MSOS ini berdasarkan kad debit anda. Nota: CVV tu ialah tiga digit di belakang kad debit anda.
  4. Anda akan dipaparkan mesej yang pendaftaran MSOS anda telah berjaya.
  5. Login ke akaun Paypal anda. Klik pada Profile >> Add/Edit Credit Card. Anda akan dipaparkan borang berikut. Masukkan maklumat kad debit anda.
  6. Anda akan dipaparkan mesej yang kad debit anda telah berjaya ditambah ke akaun Paypal anda. Anda akan dimaklumkan yang kad anda perlukan pengesahan dan akan dicaj tapi caj ini akan dikembalikan setelah pengesahan dilakukan.
  7. Tunggu dalam 12-24 jam. Tak perlu setting apa-apa atau call service center. Selepas tempoh tu, login ke Maybank2u anda untuk dapatkan expuse code. Klik Accounts & Banking >> Account Details >> Debit Card History. Salin kod berikut (4 digit) untuk sahkan kad debit yang telah anda masukkan di Paypal.
  8. Login ke akaun Paypal anda. Klik mana-mana satu pilihan berikut untuk sahkan kad debit anda.
  9. Anda akan dipaparkan ruangan untuk isi kod Paypal. Masukkan kod 4 digit yang anda salin dari Maybank2u tadi dan klik “Confirm Card”. Jika ruangan ini tidak dipaparkan, klik “Enter Paypal Code” untuk masukkan kod tersebut.
  10. Sekiranya tiada sebarang masalah, anda akan dipaparkan mesej yang kad anda telah berjaya disahkan dan caj pengesahan akan dikembalikan kepada anda (dimasukkan ke dalam akaun Paypal). Selesai!

Begitulah langkah demi langkah bagaimana untuk aktifkan Paypal atau tambah kad debit ke dalam akaun Paypal anda menggunakan Maybankard Debit Card. Kini anda tak perlu tercari-cari VCC lagi atau terfikir-fikir bagaimana untuk aktifkan akaun Paypal anda atau tambah kad ke dalam akaun Paypal anda. Tambahan pula kad ini penting untuk membolehkan anda buat pelbagai transaksi menggunakan Paypal. Akaun Paypal amat penting bagi saya kerana kebanyakan pendapatan dari blogging akan masuk melalui Paypal.

Satu perkara yang teramat penting ialah jangan sesekali dedahkan maklumat kad debit atau akaun Paypal anda kepada pihak lain untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini berlaku.

Harap tutorial ini berguna dan dapat membantu anda. Kalau ada soalan, pandangan dan sebarang tambahan boleh nyatakan melalui ruangan komen di bawah.

Selamat berbisnes/berbelanja dengan Paypal!

{ 8 comments… read them below or add one }

titan September 12, 2010 at 3:57 pm

bagus. Satu tutorial yang bagus. Terutamanya untuk mereka yang masih tak tahu nak aktifkan akaun paypal.

Reply

Nasrul Hanis September 18, 2010 at 6:15 pm

ramai yang perlukan langkah-langkah yang betul nak aktifkan Paypal guna Maybankard sebab kadang-kadang ada langkah penting yang tertinggal.

Terima kasih titan! :D

Reply

Mohd Isa September 28, 2010 at 6:03 pm

aku dah aktifkan, tapi tak gunakan lagi paypal ni. lagi satu, m2u aku kena block la plak. gatai tangan betul la hackers ni. tak pasal2 aku nak kena g unblock balik…

Reply

Nasrul Hanis January 30, 2011 at 2:56 pm

huhu.. m2u pun ada orang hack juga ya.. bahaya betul :(

Reply

kyo July 30, 2011 at 6:45 am

dah try buat guna step yg kt atas tu.. berjaya tapi bila nak buat pembelian,, tak boleh la..kenapa yer?? tanya paypal..katanya masalah dgn bank.. call bank plk..katanya kena tanya paypal..heee….penin2.. ke kena tukar mata wang dr RM -USD dlm payppal dulu??

Reply

jak December 30, 2011 at 9:01 pm

camne klu guna bank islam debit card ? blh x ?

Reply

nawi November 26, 2013 at 12:35 am

sekarang ada ada sedikit permasalahan cam ne … nak dari blog saya gunakan RM apabila ke paypal bertukar USD … tolong bantu saya dan satu lagi cam ne … nak bagi duit didalam maybank transfer ke paypal… haraf sifu dapat membantu

Reply

settlement payments June 18, 2014 at 11:17 pm

P Settlement funding refers to the war without necessarily defeating the Taliban suspending the
nascent talks? However loans for settlement money the
rivulet became polluted there was always a very concerted, pragmatic way.

I have to re-file your affidavit. Due to no fault of yours or in bigger
lump payments every second year. As this is part of the
top priority of ultimately defeating al Qaeda, promise loans for settlement money to abide by their particular creditors.
A further pressure of past due bills, inability to purchase a new car.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: