Kalau anda adalah seorang yang gemarkan bisnes online, sudah pasti anda akan sentiasa bertemu dengan tawaran2 produk seperti software atau EBook2 percuma. Betul kan? Ada pelbagai produk percuma samada dari IM Malaysia atau luar negara hari ini dan produk2 ini bertambah dari hari ke hari.
Ada di antara kita yang mengatakan bahawa produk2 percuma adalah produk2 sampah. Bagi saya, tidak semua produk percuma tidak bernilai untuk kita. Ya, kebanyakan IM menawarkan produk percuma untuk membina mailing list mereka tetapi ini tidak bermakna kita terus menolak produk yang ditawarkan tersebut. Bagi saya, alang2 ianya percuma, dapatkan dahulu dan sekiranya anda tidak berminat untuk mengikuti mailing list tersebut, unsubscribe sahaja. Saya gemar mengikuti mailing list IM dalam dan luar negara kerana dari situ saya bertemu pelbagai software dan EBook berguna yang kini saya praktikkan dalam aktiviti saya sebagai seorang blogger.
Di sini saya sertakan secara ringkas faedah2 produk percuma:
- Percuma!
- Kebanyakannya berfaedah + anda tidak perlu bayar sesen pun
- Boleh dijadikan kandungan pakej untuk membina list anda pula
Ada banyak lagi faedah tersirat tapi cukuplah rasanya. Pendek kata, produk PERCUMA tidak semestinya tidak bernilai!
Fikir-fikirkan =)

Salam teman2. Tahun 2009 sudah berakhir dan kini sudah pun tahun 2010. Seeloknya kita sama2 muhasabah apa yang telah kita lakukan dan peningkatan/kejayaan yang kita berjaya capai pada tahun 2009 yang lepas.
Sebenarnya saya tidak berapa sambut sangat tahun baru ni tapi pada 1 Januari yang lalu, komisen pertama dari Intellilinks telah pun masuk dengan jayanya ke dalam Paypal saya. Alhamdulillah! Komisen pertama ini adalah sebanyak 4USD dan saya berharap untuk beroleh lebih banyak pendapatan daripada Intellilinks ini. Dan saya anggap komisen pertama ini adalah Hadiah Tahun Baru 2010 dan meningkatkan semangat saya untuk terus berusaha lagi dan lagi.
Semoga esok lebih baik dari hari ini! =D
Satu perkara yang tidak dapat disangkal ialah betapa efektifnya Mailing List dalam memasarkan atau mempromosikan sesuatu produk. Ini adalah kerana melalui Mailing List sesuatu promosi itu akan terus sampai ke email pelanggan dan prospek. Bila menyebut tentang email, di sinilah timbul pro dan kontranya Mailing List ini.
Pro dari Mailing List ini ialah – promosi dapat terus sampai ke prospek dalam jumlah yang besar dan seterusnya menghasilkan jualan dan pendapatan yang lebih besar. Ya.. tapi ada kontranya. Kadangkala terlalu banyak email sampai 3-4 hari! Kadang2 ada email yang bolehlah dikategorikan sebagai ‘sampah’. Tak hantar pun takpe. Dan akhirnya, ramai prospek yang ‘unsubscribe’ dan merugikan marketeer tu sendiri.
Teruskan Membaca