Mengenai Saya

Hai semua! Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang ke blog PakarBisnes!
Nama saya Nasrul Hanis. Saya seorang pelajar dalam jurusan perancangan bandar & wilayah dan dalam masa yang sama seorang blogger separuh masa. Saya memiliki sejumlah blog dengan pelbagai niche dan blog PakarBisnes ini adalah salah satu darinya.
Mengapa PakarBisnes?
Saya memilih untuk menggunakan nama ‘PakarBisnes’ bukanlah kerana saya seorang pakar dalam bisnes tetapi ia sebagai motivasi kepada saya sendiri untuk mempelajari dan memahami tentang blogging dan bisnes dengan lebih mendalam. Dan nama ‘PakarBisnes’ itu sendiri agak catchy dan ada daya tarikan.
Saya juga memilih untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium perantaraan kerana menulis dalam Bahasa Melayu ada keunikan dan cabarannya yang tersendiri.
Melalui PakarBisnes ini saya berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya dalam blogging dan mencari pendapatan online. Begitu juga dengan sedikit motivasi dan nasihat yang boleh kita jadikan panduan untuk lebih berjaya di masa hadapan dalam blogging dan bisnes online. Bukan senang nak senang, betul tak?
Saya berharap agar segala info dan maklumat dari PakarBisnes ini dapat dimanfaatkan bersama dan diharap dapat tinggalkan komen membina untuk artikel-artikel di sini. Dan sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, pandangan atau maklum balas, boleh sampaikan kepada saya melalui ruangan Hubungi Saya.
Selamat membaca dan selamat berblogging!





