From the category archives:

kisah

Melangkah ke Dunia Baru

January 30, 2012 · 3 comments

Post image for Melangkah ke Dunia Baru

Kembali berblogging!

Alhamdulillah.. syukur saya panjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya saya dan isteri – Na’imah Zuki selamat diijabkabulkan pada 23 Januari 2012 yang lalu. InsyaAllah kenduri kedua-dua belah pihak akan diadakan pada 14 dan 17 Mac ini.
Teruskan Membaca

Kandangkala ada beberapa teman blogger yang meluahkan perasaan untuk ‘bersara’ dari blogging dan bisnes online. Mengapa? Ramai orang dah buat.. banyak persaingan.. tak dapat2 hasil.. hasil sikit sangat dan itu ini. Aduh.. sukar untuk komen apabila dikatakan seperti itu.  Saya sendiri mengambil masa yang agak lama untuk mendapat income yang pertama dan saya tidak hairan jika sifu2 blogger mengatakan hal yang sama kerana untuk berjaya bukanlah semudah yang disangka. Kejayaan itu perlukan usaha.

Tiada apa yang dapat saya katakan melainka jangan mudah menyerah kalah! Kerana mudah menyerah kalah itu sangat-sangatlah merugikan terutamanya jika sesuatu yang bermanfaat macam blogging disia-siakan begitu saja.

Nasihat saya, rajin2 lah baca kisah dan nukilan mereka yang telah berjaya contohnya saudara Rohaizad atau Wanmus. Anda akan lihat bagaimana usaha mereka menghadapi pelbagai cubaan demi cubaan dan akhirnya akan menghasilkan kejayaan.

Usaha anda tidak akan ke mana jika anda mudah menyerah kalah. Bersemangatlah!

pb_ceritaim

Satu fakta yang jangan sesekali kita pertikaikan ialah – bisnes bukan sesuatu yang mudah.

Hal ini merangkumi mana2 bisnes tidak kiralah bisnes online mahupun offline. Dalam mengusahakan bisnes seharian, pengalaman merupakan sesuatu yang berharga buuat kita. Justeru, pengalaman adalah guru yang mengajar kita akan realiti sebenar akan sesuatu yang kita lakukan.

Saya baru saja selesai membaca Cerita IM. Cerita IM? Apa tu?
Teruskan Membaca