Blogging Adalah Bisnes Jangka Panjang

26 comments

Post image for Blogging Adalah Bisnes Jangka Panjang

Pertama sekali, ingin saya ulangi yang blogging boleh menjadi bisnes yang hebat dan berpotensi tinggi untuk anda. Yang kedua, blogging adalah bisnes jangka panjang.

Maksudnya?

Maksudnya mudah – buat duit dari blogging bukanlah berhasil dari masa yang begitu singkat seperti yang disangka. Ya, tidak mustahil anda boleh buat duit dari blogging dalam masa yang singkat contohnya 2-3 hari, tetapi hakikatnya blogging memerlukan masa untuk anda beroleh hasilnya.

Hal ini telah dikongsikan di dalam blog saudara Rohaizad mengenai 5 tips blogging yang tidak dikongsi oleh Darren Rowse dan tip yang ke-5 ialah: “Blog Adalah Bisnes Jangka Masa Panjang”

Bagi setiap blog yang saya jalankan, saya meletakkan beberapa tahap kepada blog-blog tersebut iaitu:

  • Blog baru – baru beroperasi kurang dari 3 bulan. Perlu kepada optimization berterusan untuk menempatkannya di tempat terbaik di enjin carian.
  • Blog matang – beroperasi lebih dari 3 bulan dan memiliki trafik yang agak baik dan sambutan dari pembaca/prospek. Sudah boleh mula monetizing seperti artikel berbayar, jualan link dan iklan dan sebagainya.
  • Blog optimum – blog yang memiliki trafik yang bagus (saya cuma tetapkan >2000 sebulan), mendapat sambutan baik, mempunyai kedudukan baik di enjin carian dan menghasilkan pendapatan yang baik untuk saya. Setakat ini hanya dua blog saya yang berada di kategori ini.

Jika dilihat dari tahap-tahap ini, dapatlah difahami yang proses untuk menjadikan blogging itu sendiri sebagai bisnes memakan masa yang panjang, dan bukan sekadar 1 atau 2 bulan sahaja. Dan sudah tentu anda memerlukan usaha yang gigih dalam hal ini.

Saya sendiri mula berblogging pada 2008 dan baru kini merasa hasilnya di mana baru tahun 2011 inilah saya mampu untuk mula mengumpul pendapatan dari blogging. Bagi saya terma “mendapat” dan “mengumpul” itu berbeza di mana di saat mengumpul inilah barulah anda akan merasakan yang penat lelah anda selama ini berbaloi.

Dan ingat.. pintu rezeki Allah itu sentiasa terbuka luas untuk anda :)

Selamat berblogging!

 

{ 24 comments… read them below or add one }