3 Tips Menjadi Super Affiliate

January 28, 2010 · 3 comments

Baru-baru ini saya telah menerima satu email yang begitu berguna sekali untuk kita yang minat dengan bisnes affiliate. Email ini yang bertajuk “3 Tips Menjadi Super Affiliate & Menjana Komisen Yang Lumayan” ini datangnya dari Team Aspirasi Cyber untuk subsriber mailing list mereka. Ha.. inilah salah satu kebaikannya dengan subscribe pada Mailing List yang bertul2 memberi informasi & pengetahuan berfaedah kepada kita.

Baiklah.. mari kita kongsikan sedikit sebanyak 3 tips untuk menjadi super affiliate ini. Baca jangan tak baca!

Tips No. 1: Mencari Program Affiliate Yang Menawarkan Komisen Yang Tinggi

Dalam mencari program affiliate atau produk yang ingin anda promosi, cari program affiliate/produk yang menawarkan komisen yang tinggi untuk setiap pembelian yang berjaya. Ini adalah kerana anda akan melakukan usaha yang sama dan memperuntukkan masa yang sama untuk memperolehi komisen yang berbeza.

Tips No. 2: Mencari Tawaran Yang Menawarkan Komisen Yang Berulang-ulang

Untuk mendapat komisen yang banyak memerlukan penjualan produk yang banyak juga. Oleh itu, adalah baik jika anda mencari juga tawaran yang menawarkan komisen yang berulang-ulang atau “recurring billing”. Dengan ini, anda akan menerima komisen setiap bulan atau tahun tanpa perlu buat apa-apa (passive income) kerana prospek akan mebuat bayaran bulanan/tahunan kepada pemilik membership tersebut.

Email tersebut menyenaraikan 2 cara untuk anda mencari peluang komisen yang berulang2 ini:

  1. Cari tawaran komisen yang berulang-ulang di Clickbank Marketplace dengan mencari produk yang mempunyai nilai yang lebih tinggi dari $0 di dalam kategori “future $”. Produk ini adalah produk yang memerlukan pelanggan membayar sejumlah amaun setiap bulan. Dan di dalam amaun itu ada komisen anda.
  2. Cari menggunakan Google Search dengan menaip katakunci “affiliate program + recurring billing”, “membership site”, “passive income” dan lain-lain.

Tips No. 3: Memiliki Senarai Nama Opt-In(Senarai Email)

Tips ini rasanya disebut berulang kali oleh guru2 internet marketeer memandangkan ia adalah satu cara yang berkesan untuk meningkatkan jualan anda. Dari meletak iklan affiliate anda di sana sini, adalah lebih baik anda membina satu squeeze page dan membina mailing list anda dengan menawarkan produk atau servis percuma kepada prospek.

Prospek gemar untuk membeli produk dari orang yang mereka kenal jadi bina hubungan yang baik dengan mereka untuk mengingkatkan prestasi jualan anda.

Demikianlah sedikit sebanyak perkongsian dari email tersebut. Saya olah sedikit kandungannya mengikut pemahaman saya. Tips2 yang diberikan ini sangat relevan dan berbaloi untuk dipraktikkan. Terima kasih Team Aspirasi Cyber!

{ 3 comments }

Shaffik February 2, 2010 at 8:44 am

Best giler infor ni….tapi belum ader kesempatan untuk ke arah itu…satu hari nanti akan di cuba…

samanosuke_04 February 9, 2010 at 3:07 am

tips ke-3 tue paling penting rasanye.. tapi cane nak buat list tue rr.. lagi satu aku takut sebab ramai org benci spam senanye.. hohoho

PakarBisnes February 15, 2010 at 12:33 am

@Shaffik: yup, bro. benda yang baik harus dicuba! :grin:

@samanosuke_04: ya.. memang betul. :grin: sebab tu ada beberapa tips dan strategi yang digariskan IM2 untuk mengelakkan kerugian dari mailing list ni :smile:

Comments on this entry are closed.