Tugas saya sebagai seorang guru sementara di SK Penghulu Abu Bakar telahpun tamat pada hari Selasa (24/5/2010) yang lalu. Guru yang saya ganti itu telahpun pulang dari cuti bersalin. Menurut rekod, saya telah bertugas selama 36 hari. Wah, lama juga tu. Walaupun hanya guru sementara, saya mendapat begitu banyak pengalaman kerana kebetulan saya datang pada awal tahun di mana banyak aktiviti sekolah diadakan.
Namun terasa agak janggal juga kerana hari kedua pulang bercuti di rumah, saya telahpun memulakan tugas sebagai guru ganti. Jadi bila tak pergi sekolah rasa janggal pula =p
Teruskan Membaca






